DM Network We Born To Success

Superdad-Superleader-SuperRecruiter-Superfriends-Coach Zero Cost Marketing-Coach Bisnes Rakyat Marhaen- Sharing With Love - Ayah Najmi . Blogspot

Khamis, 23 Julai 2015

10 Cara Kawal Sikap Pemarah Agar Perhubungan Sentiasa Mesra

Assalamualaikum

Asyik-asyik nak marah je pantang silap sikit. Jalan jem marah, order makanan lambat sampai marah, isteri lambat turun marah dan macam lagilah. Pernah tak anda berhadapan dengan orang seperti itu? Atau mungkin anda sendiri memiliki sikap tersebut.

Bahaya betul sikap pemarah ni sampai arwah Tan Sri P. Ramlee pun boleh buat filem kisah 3 Abdul. Akibat daripada marah Abdul Wahab dan Abdul Wahib boleh kena jual oleh Sadiq Sigaraga si bapak mertua. :)

Sikap pemarah atau panas baran ini perlu di kawal dan dikurangkan jika tidak ia boleh merosakkan serta mengancam perhubungan anda baik dengan keluarga mahupun kawan-kawan. Di bawah ada cara untuk mengatasi masalah tersebut supaya hubungan sentiasa mesra disamping mengeratkan lagi sillaturrahim sesama kita.

10 Cara Kawal Sikap Pemarah:



1. Bersenam
  • aktiviti sukan atau bersenam sangat membantu untuk anda melupakan rasa marah yang membara berdasarkan pakar psikologi iaitu Dr. Sarah Endelmen.
2. Menulis surat
  • cuba tulis sepucuk surat kepada diri sendiri dan luahkan segala kemarahan serta kekecewaan anda dalam surat tersebut.
3. Sejukkan Kemarahan
  • sejukkan rasa marah atau bawa bertenang. Dalam agama Islam ada panduan untuk kita sejukkan rasa marah iaitu apabila sedang marah ketika berdiri maka kita duduk, jika duduk masih marah kita berbaring jika masih marah juga ambillah wuduk.
4. Jangan Mengamuk
  • jangan mengamuk atau lepaskan kemarahan dengan cara yang kurang elok. Orang kata cara ini yang terbaik. Namun sebenarnya ia adalah tindakan yang paling bodoh dan merosakkan kerana masalah masih tidak selesai, sebaliknya bertambah masalah yang ada.
5. Komunikasi
  • tarik nafas dalam-dalam dan fikir dengan baik apa yang ingin anda katakan. Beritahu orang yang anda marah tentang sebab dan kenapa anda marah. Kemudian anda dengar jawapan daripada orang tersebut. Mungkin cara ini lebih membantu.
6. Membaca Al-Quran dan Maknanya
  • InsyaAllah jika anda mengaji dan menghayati maknanya pasti ini cara yang terbaik kerana di dalam Quran ada perkara dan penyelesaian kepada masalah yang sedang anda hadapi. Secara tidak langsung ia dapat menambah pahala dan meningkatkan keimanan dalam diri.
7. Berdoa
  • sentiasalah memohon kepada Allah supaya sikap pemarah yang ada dapat dikikis agar tidak memudaratkan diri kita sendiri.
8. Bercuti
  • anda boleh memilih lokasi percutian yang dapat menenangkan jiwa sambil menghirup udara bersih untuk kesihatan yang lebih baik.
9. Berkongsi
  • cari seseorang yang anda percaya untuk berkongsi atau menyatakan masalah yang anda alami. Punca sebenarnya sikap pemarah adalah apabila anda mengalami sesuatu masalah anda hanya menyimpan dan memendam perasaan sendiri. Jika dikongsi insyaAllah sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah yang dialami.
10. Muhasabah Diri
  • bila sendirian muhasabah diri dengan memikirkan kesan buruk akibat daripada sikap pemarah yang kita miliki jika tidak di kawal. Adakah sikap tersebut banyak mendatangkan faedah daripada keburukan? fikirkan sendiri ye!
Harus ingat Rasulullah saw juga ada bersabda "La Taghdob" maksudnya "Jangan Marah". 

Dan jika anda tahu siapakah orang yang paling kuat? Orang yang paling kuat itu antara kita adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.

InsyaAllah.

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024



Tiada ulasan: