DM Network We Born To Success

Superdad-Superleader-SuperRecruiter-Superfriends-Coach Zero Cost Marketing-Coach Bisnes Rakyat Marhaen- Sharing With Love - Ayah Najmi . Blogspot

Khamis, 30 Julai 2015

Cara Terbaik Mendidik Anak Mengikut 3 Fasa Yang Wajib Ibu Bapa Tahu Moga Anak Menjadi Insan Berjaya Dunia Akhirat

Assalamualaikum

"Melentur buluh biar dari rebungya." pepatah melayu yang biasa kita dengar iaitu jika ingin mendidik anak hendaklah dari sejak kecil lagi supaya anak menjadi insan berjaya seperti yang semua ibu bapa idamkan.

Alhamdulillah hari selasa yang lalu, saya baru saja selesai mengikuti kursus Komunikator Super mendapat coaching daripada Jurulatih Tuan Fauzul Na'im Ishak yang pakar dalam pembangunan potensi diri dan komunikasi manusia serta perundingan berasaskan Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan DiSC.



Apa yang telah saya pelajari dan ingin saya kongsikan di sini adalah ilmu yang perlu kita tahu sebagai ibu bapa iaitu  fasa terbaik untuk mendidik anak dari seawal usia hingga ke peringkat dewasa.

Fasa 1 : Layan Anak Umpama Raja (0 hingga 6 tahun)

Pada peringkat awal sejak dari dalam kandungan seorang ibu, kita sebagai ibu bapa sudah boleh mendidik anak. Caranya seperti membaca al-quran, menutur kata yang baik, tidak bertengkar antara suami isteri.

Fasa ini juga dikenali sebagai "fasa mapping" dimana anak banyak menerima maklumat dan akan membentuk imej diri apabila meningkat usia.

Anda perlu melayan anak ibarat raja serta tunjukkan tingkahlaku yang baik. Seeloknya jika anda seorang perokok elakkan merokok dihadapan anak ia merupakan tabiat buruk dan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada anak anda.

Fasa 2 : Layan Anak Umpama Tentera (7 hingga 14 tahun)

Fasa yang kedua ini juga boleh disebut sebagai "fasa moddeling". Fasa terpenting kerana anak sedang mencari contoh dan ikutan terbaik.

Jika anda ada anak diusia ini tanya anak anda siapa hero dalam diri mereka? Kalau jawapannya anda sebagai ayah bukanlah hero mereka pasti ada yang tidak kena. Jangan biar kartun seperti ultraman, boboiboy atau power rangers jadi hero dalam diri anak anda.

Di peringkat usia ini anda harus layan anak umpama tentera. Susun jadual untuk anak dan pastikan anak mematuhi waktu yang ditetapkan seperti waktu belajar, waktu mandi, makan dan bersolat. Sebagai orang Islam disunnahkan mengajar anak bersolat seawal umur 7 tahun.

Fasa 3 : Layan Anak Umpama Kawan (15 hingga 21 tahun)

Alhamdulillah anak sudah besar panjang. Pada peringkat ini anak dah mula pandai bersosial mempunyai kawan baik lelaki mahupun perempuan.

Jadikan anak sebagai kawan kita. Kenali juga kawan anak anda dan buat mereka selesa dengan anda. Bila hubungan antara anda, anak dan kawan anak menjadi rapat segala perkara dapat dikongsi dengan baik.

Akhir sekali bila anak sudah berkahwin sebagai ibu bapa kita tidak lepas tangan begitu saja. Pantau anak anda dan berikan nasihat dan pandangan pada waktu yang sesuai.

Apa yang terpenting di sini pendidikan agama perlu diterapkan sepenuhnya. InsyaAllah jika anak memiliki pendidikan agama yang cukup pasti anak anda menjadi anak yang taat kepada Allah, rasul dan taat kepada anda sebagai ibu bapa.

Aaminn Ya Rabb.

Ingat "anak ibarat kain putih" kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkannya. Ibu bapa menjadi cermin keperibadian dalam diri anak. InsyaAllah.

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024

Tiada ulasan: