DM Network We Born To Success

Superdad-Superleader-SuperRecruiter-Superfriends-Coach Zero Cost Marketing-Coach Bisnes Rakyat Marhaen- Sharing With Love - Ayah Najmi . Blogspot

Khamis, 30 Julai 2015

Assalamualaikum

"Melentur buluh biar dari rebungya." pepatah melayu yang biasa kita dengar iaitu jika ingin mendidik anak hendaklah dari sejak kecil lagi supaya anak menjadi insan berjaya seperti yang semua ibu bapa idamkan.

Alhamdulillah hari selasa yang lalu, saya baru saja selesai mengikuti kursus Komunikator Super mendapat coaching daripada Jurulatih Tuan Fauzul Na'im Ishak yang pakar dalam pembangunan potensi diri dan komunikasi manusia serta perundingan berasaskan Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan DiSC.



Apa yang telah saya pelajari dan ingin saya kongsikan di sini adalah ilmu yang perlu kita tahu sebagai ibu bapa iaitu  fasa terbaik untuk mendidik anak dari seawal usia hingga ke peringkat dewasa.

Fasa 1 : Layan Anak Umpama Raja (0 hingga 6 tahun)

Pada peringkat awal sejak dari dalam kandungan seorang ibu, kita sebagai ibu bapa sudah boleh mendidik anak. Caranya seperti membaca al-quran, menutur kata yang baik, tidak bertengkar antara suami isteri.

Fasa ini juga dikenali sebagai "fasa mapping" dimana anak banyak menerima maklumat dan akan membentuk imej diri apabila meningkat usia.

Anda perlu melayan anak ibarat raja serta tunjukkan tingkahlaku yang baik. Seeloknya jika anda seorang perokok elakkan merokok dihadapan anak ia merupakan tabiat buruk dan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada anak anda.

Fasa 2 : Layan Anak Umpama Tentera (7 hingga 14 tahun)

Fasa yang kedua ini juga boleh disebut sebagai "fasa moddeling". Fasa terpenting kerana anak sedang mencari contoh dan ikutan terbaik.

Jika anda ada anak diusia ini tanya anak anda siapa hero dalam diri mereka? Kalau jawapannya anda sebagai ayah bukanlah hero mereka pasti ada yang tidak kena. Jangan biar kartun seperti ultraman, boboiboy atau power rangers jadi hero dalam diri anak anda.

Di peringkat usia ini anda harus layan anak umpama tentera. Susun jadual untuk anak dan pastikan anak mematuhi waktu yang ditetapkan seperti waktu belajar, waktu mandi, makan dan bersolat. Sebagai orang Islam disunnahkan mengajar anak bersolat seawal umur 7 tahun.

Fasa 3 : Layan Anak Umpama Kawan (15 hingga 21 tahun)

Alhamdulillah anak sudah besar panjang. Pada peringkat ini anak dah mula pandai bersosial mempunyai kawan baik lelaki mahupun perempuan.

Jadikan anak sebagai kawan kita. Kenali juga kawan anak anda dan buat mereka selesa dengan anda. Bila hubungan antara anda, anak dan kawan anak menjadi rapat segala perkara dapat dikongsi dengan baik.

Akhir sekali bila anak sudah berkahwin sebagai ibu bapa kita tidak lepas tangan begitu saja. Pantau anak anda dan berikan nasihat dan pandangan pada waktu yang sesuai.

Apa yang terpenting di sini pendidikan agama perlu diterapkan sepenuhnya. InsyaAllah jika anak memiliki pendidikan agama yang cukup pasti anak anda menjadi anak yang taat kepada Allah, rasul dan taat kepada anda sebagai ibu bapa.

Aaminn Ya Rabb.

Ingat "anak ibarat kain putih" kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkannya. Ibu bapa menjadi cermin keperibadian dalam diri anak. InsyaAllah.

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024

Jumaat, 24 Julai 2015

Assalamualaikum

Penyebab utama seseorang menjadi pesakit mental adalah bermula dengan stress atau dalam bahasa melayunya adalah tekanan perasaan.

Saya kerap berjumpa dengan pesakit mental ini dan bertanya sendiri kepada mereka tentang bagaimana mereka mendapat penyakit tersebut. Ada yang mengakui stress dengan kerja, stress semasa belajar, stress dengan masalah keluarga dan sebagainya.

Stress ini boleh bermula dari peringkat kanak-kanak hingga ke orang tua. Jika masalah ini tidak dicegah dari awal akan mendatangkan mudarat dari segi kesihatan seperti tekanan darah tinggi, insomnia dan lain-lain. Malah stress juga boleh mengancam nyawa dengan membunuh diri.



Dengan itu suka saya kongsikan perkara terbaik bagi mengelak stress untuk panduan kita bersama.

3 Cara Terbaik Elak Stress Supaya Tak Jadi Pesakit Mental dan Bunuh Diri

1. Hubungan dengan Pencipta
  • Sebagai orang Islam kita harus menjaga hubungan kita dengan Allah dengan mengerjakan solat, membaca al-Quran, zikir dan menghadiri majlis ilmu. Inilah kunci utama bagi menghindarkan stress agar hidup sentiasa tenang walaupun dilanda masalah kerana Allah sentiasa ada untuk kita.
2. Melakukan Aktiviti Yang Digemari
  • Apabila anda dilanda masalah yang sukar diselesaikan jangan berfikir terlalu lama. Lakukan terus perkara yang anda gemari seperti bersukan, memancing, atau sebagainya bagi menenangkan perasaan anda walaupun seketika. Saya yakin selepas anda melakukan sesuatu yang anda gemari pasti anda kembali fokus dan menemui jalan penyelesaian dengan izin Allah jua. 
3. Berkomunikasi
  • Dapatkan seseorang untuk anda bertanya dan meluahkan masalah yang anda alami. Jangan pendamkan masalah anda jika tidak mampu diselesaikan. Jika anda malu untuk berkomunikasi secara lisan anda boleh menggunakan medium lain seperti menulis surat kepada pihak tertentu untuk mengatasi masalah tersebut.

Antara kaedah lain untuk elak stress adalah dengan menjaga pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat seperti kekacang, sayuran hijau, atau makanan tambahan iaitu B Complex. Pastikan anda mengikut waktu yang betul.

Apa yang lebih utama bagi mengelak stress ketika anda menghadapi masalah adalah fokuskan diri kepada penyelesaian dan bukan fokuskan kepada masalah.

Jika anda ada cadangan lain bagi mengelakkan stress boleh nyatakan di ruangan komen ye. 

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024




Khamis, 23 Julai 2015

Assalamualaikum

Asyik-asyik nak marah je pantang silap sikit. Jalan jem marah, order makanan lambat sampai marah, isteri lambat turun marah dan macam lagilah. Pernah tak anda berhadapan dengan orang seperti itu? Atau mungkin anda sendiri memiliki sikap tersebut.

Bahaya betul sikap pemarah ni sampai arwah Tan Sri P. Ramlee pun boleh buat filem kisah 3 Abdul. Akibat daripada marah Abdul Wahab dan Abdul Wahib boleh kena jual oleh Sadiq Sigaraga si bapak mertua. :)

Sikap pemarah atau panas baran ini perlu di kawal dan dikurangkan jika tidak ia boleh merosakkan serta mengancam perhubungan anda baik dengan keluarga mahupun kawan-kawan. Di bawah ada cara untuk mengatasi masalah tersebut supaya hubungan sentiasa mesra disamping mengeratkan lagi sillaturrahim sesama kita.

10 Cara Kawal Sikap Pemarah:



1. Bersenam
  • aktiviti sukan atau bersenam sangat membantu untuk anda melupakan rasa marah yang membara berdasarkan pakar psikologi iaitu Dr. Sarah Endelmen.
2. Menulis surat
  • cuba tulis sepucuk surat kepada diri sendiri dan luahkan segala kemarahan serta kekecewaan anda dalam surat tersebut.
3. Sejukkan Kemarahan
  • sejukkan rasa marah atau bawa bertenang. Dalam agama Islam ada panduan untuk kita sejukkan rasa marah iaitu apabila sedang marah ketika berdiri maka kita duduk, jika duduk masih marah kita berbaring jika masih marah juga ambillah wuduk.
4. Jangan Mengamuk
  • jangan mengamuk atau lepaskan kemarahan dengan cara yang kurang elok. Orang kata cara ini yang terbaik. Namun sebenarnya ia adalah tindakan yang paling bodoh dan merosakkan kerana masalah masih tidak selesai, sebaliknya bertambah masalah yang ada.
5. Komunikasi
  • tarik nafas dalam-dalam dan fikir dengan baik apa yang ingin anda katakan. Beritahu orang yang anda marah tentang sebab dan kenapa anda marah. Kemudian anda dengar jawapan daripada orang tersebut. Mungkin cara ini lebih membantu.
6. Membaca Al-Quran dan Maknanya
  • InsyaAllah jika anda mengaji dan menghayati maknanya pasti ini cara yang terbaik kerana di dalam Quran ada perkara dan penyelesaian kepada masalah yang sedang anda hadapi. Secara tidak langsung ia dapat menambah pahala dan meningkatkan keimanan dalam diri.
7. Berdoa
  • sentiasalah memohon kepada Allah supaya sikap pemarah yang ada dapat dikikis agar tidak memudaratkan diri kita sendiri.
8. Bercuti
  • anda boleh memilih lokasi percutian yang dapat menenangkan jiwa sambil menghirup udara bersih untuk kesihatan yang lebih baik.
9. Berkongsi
  • cari seseorang yang anda percaya untuk berkongsi atau menyatakan masalah yang anda alami. Punca sebenarnya sikap pemarah adalah apabila anda mengalami sesuatu masalah anda hanya menyimpan dan memendam perasaan sendiri. Jika dikongsi insyaAllah sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah yang dialami.
10. Muhasabah Diri
  • bila sendirian muhasabah diri dengan memikirkan kesan buruk akibat daripada sikap pemarah yang kita miliki jika tidak di kawal. Adakah sikap tersebut banyak mendatangkan faedah daripada keburukan? fikirkan sendiri ye!
Harus ingat Rasulullah saw juga ada bersabda "La Taghdob" maksudnya "Jangan Marah". 

Dan jika anda tahu siapakah orang yang paling kuat? Orang yang paling kuat itu antara kita adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.

InsyaAllah.

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024



Ahad, 5 Julai 2015

Assalamualaikum

Di corong radio kini telah mula diputarkan lagu-lagu raya. Dan sekarang ni kalau pergi pasaraya mana-mana pun pasti berkumandang lagu raya kan? Memang semangat nak shopping sambil dengar lagu raya ni. Lebih-lebih lagi lagu raya nyanyian Dato Siti Nurhaliza, sampai baju raya terbeli 5 pasang sekaligus dek kerana hanya dengar lagu raya Dato Siti je. Hehehe :)

Semangat katanye, Hari ni saja nak kongsi sikit pasal lagu raya yang anda suka tu. Rasanya pasti ada kisah di sebalik lagu raya tu kan? Hehehe saya agak je.


Antara 6 buah lagu raya popular yang menjadi pilihan pendengar adalah :
  • Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Elina. Biasa orang yang paling suka dengar lagu ni adalah anak-anak kita. Macam anak saya semangat betul dengar lagu ni al-maklumlah lagu ni berkisahkan seronoknya Hari Raya tang part yang paling suka sangat tu bila dia sebut "Asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi". 
  • Balik Kampung lagu ni paling syok dengar masa dalam perjalanan balik ke kampung halaman.Memang lagu ni kena sangat dengan semangat kita untuk pulang ke kampung berhari raya.
  • Dari Jauh Ku Pohon Maaf :( lagu khas dari anak ditujukan buat ayah bonda sebab anaknya tak dapat pulang beraya bersama disebabkan mengikut giliran kena kerja tahun ni katanya..hehe ada juga yang tak dapat balik sebab cuti rehat dah takde yang paling tragiknya tiket bas nak balik ke kampung dah sold out.
  • Menjelang Hari Raya didendangkan oleh DJ Dave, wah antara lagu favourite yang seronok didengar pada malam raya sambil mak kita merebus ketupat dan memasak rendang untuk dimakan keesokan harinya.
  • Warna Warni Di Aidilfitri haha lagu nyanyian ramai oleh para artis. Lagu raya santai. Biasa kalau open house di opis setiap unit mesti hantar wakil untuk karaoke lagu raya. Dan lagu ni menjadi pilihan pertama dan terakhir untuk dinyanyikan ramai-ramai bersama rakan disebabkan semuanya malu-malu nak nyanyi secara solo.
  • Seloka Hari Raya memang tak sah kalau tak dengar lagu ni, betul tak? Lagu ni anda boleh nyanyikan bersama pasangan anda. Lebih syok lagi pasangan suami isteri.
Ok cukuplah setakat 6 lagu ni, kalau ada yang nak tambah boleh kongsikan diruangan komen ye.Nak cari lirik lagu raya boleh cari di sini www.liriklagumuzika.com 


Semoga raya tahun ni dapat kita menyambungkan semula sillaturrahim yang sekian lama terpisah. Pesanan saya, berhati-hati ketika memandu di jalan raya, jika mengantuk singgahlah di RnR untuk berehat seketika.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin,

AyahAmmar,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024

Sabtu, 4 Julai 2015

Assalamualaikum

Adakah hubungan anda masih hangat seperti baru bercinta? Terutama bagi mereka yang dah lama berkahwin mungkin anda mengalami sedikit masalah. Rumah tangga mana yang tak diuji betuk tak? Yang penting anda sentiasa berfikiran positif dan bijak menyelesaikan masalah perkahwinan yang dihadapi.


Jika hubungan suami isteri cinta dan kasih sayangnya masih seperti dulu, Alhamdulillah. Tapi jika bermasalah mungkin anda boleh periksa bab makan. Kata ustaz makan banyak menjadi punca hati keras. Oleh itu jangan kita makan terlalu banyak ia boleh membuatkan hati kita menjadi keras.

Mungkin anda patut cuba mengamalkan beberapa  makanan seksi lagi sihat ini untuk hangatkan semula hubungan suami isteri.

1. Asparagus

2. Bawang putih
3. Tiram
4. Halia
5.  Avocado
6. Coklat
7. Strawberry

Makanan yang "seksi' ini mampu menghasilkan kesan sampingan terbaik dalam meningkatkan semula kehangatan asmara untuk kembali hangat bercinta bagi pasangan suami isteri. Jangan lupa mendapatkan makanan ini dan tambah dalam senarai menu harian anda tau :)

Selain itu, amalan mandi bersama pasangan sangat romantik yang perlu anda lakukan. Ia merupakan amalan sunnah yang terbaik, insyaAllah dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri.

InsyaAllah semoga kita semua bahagia bersama pasangan sehingga ke Jannah. Aaminn.


AyahAmmar,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024



Assalamualaikum

Bila cerita pasal stroke ni AyahAmmar teringat kat arwah mak dan abah. Dua-dua meninggal sebab stroke atau juga dikenali dengan Angin Ahmar.

Penyakit ni memang bahaya sebab dia datang tiba-tiba je. Macam arwah mak saya dulu. Saya perasan mula-mula tu mak rasa takde selera nak makan. Lepas sehari dua waktu malam masa saya tengah keje abang saya kol bagitahu " Daud, mak kena stroke sekarang ada kat emergency hkl!".

Saya terus pi hospital tengok mak. Masa tu mak lumpuh satu badan dan mak tak boleh bercakap seolah-olah macam orang bisu. Tak sampai sebulan akhirnya mak meninggal dunia. Al-Fatehah untuk mak dah 14 tahun mak takde.

InsyaAllah sebenarnya kalau kita jaga makan dan kesihatan stroke boleh dihalang. Punca stroke disebabkan oleh tekanan darah tinggi akibat dari makanan yang tinggi kolesterol. Selain tu merokok, diabetes dan stress juga boleh menyebabkan stroke.

Kalau rasa susah nak kawal makan yang berlemak dan banyak minyak tapi takut bila kolesterol naik AyahAmmar syorkan makan Omega Guard dengan Lecithin. InsyaAllah memang ok untuk turunkan kolesterol.

Tapi kalau serangan stroke datang tiba-tiba, anda kena segera berjumpa dengan doktor.

Ada sorang kawan ni, mak mertua dia kena mild stroke terkejut mak dia dah boleh bangun katil sendiri lepas 3 hari minum sirap.

Sirap tu sebenarnya adalah Vivix Shaklee yang diciptakan dari 4 bahan terunggul semulajadi ciptaan Allah, terdiri dari anggur muscadine, lobak ungu, elderberry dan juga polygonum cuspidatum.

Vivix ni antara supplemen terbaik Shaklee. Pengguna yang telah mencuba menggelarnya "Sirap Ajaib"  Ye betul ajaib semuanya dengan izin Allah juga.

Minuman Vivix Shaklee Bantu Meningkatkan Semula Kesihatan Pesakit Stroke atau Angin Ahmar.








Alhamdulilah..Arini ma kesayangan dah boleh jalan sendiri. Baru 7 hari mengambil Vivix dari Shaklee.

Pada 9hb Oct 2012 ma diserang stroke, seluruh anggota badan sebelah kiri kaku tak boleh gerak. Sedih teramat sangat n tak tahu apa nak buat kesian ma. Tq jiha kerna memperkenalkan Vivix kepada saya...

Hari pertama minum sesudu Vivix jari tangan ma dah boleh gerak n arini ma dah boleh bangun n berjalan sendiri. Ya Allah syukur kehadratmu.

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah Vivix sangat berkesan untuk stroke dan juga untuk penyakit yang lain seperti gout, darah tinggi, sakit jantung. diabetes dan lain-lain lagi.

Jom tengok perkongsian dari rakan-rakan yang juga telah mencuba Vivix dan seterusnya jatuh cinta dengannya.

#Testimoni 1 : Darah Tinggi


#Testimoni 2 : Diabetes

#Testimoni 3 : Sakit Jantung

#Testimoni 4 : Gout




Sebotol Vivix tu boleh tahan selama 2 bulan setengah kalau dimakan setiap hari. Ia berharga RM475 (150ml). Namun jika anda mendaftar sebagai Ahli, anda akan mendapat penjimatan yang berganda!


  • KEAHLIAN PERCUMA seumur hidup 
  • PERCUMA VITALEA (multivitamin) yang bernilai RM88.75
  • Yes Pack! menjadikan harga Vivix lebih murah
  • PROMOSI BUY 6 FREE 1 pada Julai 2015 dengan harga yang TAK MASUK DEK AKAL
  • CASH BACK pada bulan depan
  • POSTAGE PERCUMA!!!
Sangat berbaloi jika anda juga ingin orang yang anda sayang mendapat tahap kesihatan yang lebih baik dan sihat seperti sediakala insyaAllah.

Sekiranya anda ingin mencuba jangan lengah lagi inilah masa yang terbaik untuk hubungi AyahAmmar  011-36244806 atau wassap 012-9760024. AyahAmmar akan bimbing dengan cara makan yang tepat moga tahap kesihatan dan kecergasan anda dapat dipulihkan semula, dengan izin Allah.

AyahAmmar,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024