DM Network We Born To Success

Superdad-Superleader-SuperRecruiter-Superfriends-Coach Zero Cost Marketing-Coach Bisnes Rakyat Marhaen- Sharing With Love - Ayah Najmi . Blogspot

Rabu, 30 Ogos 2017


Assalamualaikum wbt. Salam sihat, ceria & ohsem.

Semua orang di Malaysia tidak kira bangsa pasti suka makan nasi lemak. Nasi lemak memang antara makanan paling popular. Kalau dulu orang makan nasi lemak masa sarapan pagi je. Tapi sekarang tak kira masa, bila-bila je boleh makan nasi lemak sebab ada peniaga yang menjualnya.

Ramai orang cuba menambah pendapatan dengan menjual nasi lemak. Namun tak semua berjaya. Walaupun ada yang nasi lemak mereka jadi viral disebabkan keunikan jenama sahaja seperti Nasi Lemak Anak Dara, Nasi Lemak Pondan, Nasi Lemak Janda Bergetah tetapi bila merasai nasi lemak yang dimakan tidaklah sesedap mana seperti yang dihebohkan.

Bagi anda yang tidak tahu cara masak nasi atau sambal nasi lemak biasanya mesti anda akan mencari resepi-resepi sambal nasi lemak di internet dengan google. Tapi sayangnya semuanya indah khabar dari rupa.



Ada juga yang mendapat dan minta resepi sambal dari perkongsian kawan, adik beradik, sedara namun tetap sama. Sampai sambal yang dibuat terpaksa dibuang sebab tak dapat seperti apa yang dimahukan. Alhamdulillah selepas mencuba resepi sambal nasi lemak yang saya jual akhirnya apa yang diidamkan berjaya.

Bagaimana Cara Nak Buat Sambal Nasi Lemak Yang Sedap? Sampai Orang Suka dan Sentiasa Teringat-Ingat?

Ini bukan cakap kosong. Pengalaman saya sendiri pernah menjual nasi lemak suatu ketika dulu. Dulu pada tahun 2004 saya jual nasi lemak sebab kena kumpul duit nak kahwin punya pasal. Waktu itu nasi lemak yang saya harga dia hanya 70 sen sahaja sebungkus.

Nak meniaga nasi lemak kena kental. Pukul 4 pagi dah kena bangun masak nasi dan panaskan sambal. Saya mula berniaga di kaki lima depan Burger King dekat dengan LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur. Sebelum subuh dah gerak dari rumah dan solat subuh di Masjid Jamek. Lepat solat terus membungkus nasi lemak.

Waktu hari pertama berniaga, tong besar nasi lemak yang saya bawa tu nasi dalam tong tak sampai separuh pun. Bekas tong je besar. Lepas beberapa hari bila semua orang dah tahu kesedapan dan keenakkan nasi lemak yang saya jual, dari tong yang tak penuh nasi sampai sehari 2 tong nasi lemak habis dijual dalam masa lebih kurang 2 jam sahaja.

Semuanya gara-gara sambal nasi lemak saya yang sedap. Konon buat stok sambal untuk seminggu, tapi tak sampai seminggu sambal dah habis sebab asal customer beli je mesti nak sambal lebih. Customer saya semua bangsa ada, semua suka makan sambal yang saya buat. Ofkos nasi lemak yang saya masak pun sedap dan berderai. Yang paling penting sambal mesti kena sedap baru orang suka.

Maunya tak sedap, mestilah sedap resepi rahsiala katakan. Nak masak sambal tu bukan senang kena tunggu 4 jam baru siap masak dan dapat rasa yang sedap dengan bahan-bahan rahsia keluarga. 

Alhamdulillah berkat jualan nasi lemak saya berjaya kumpul duit nak kahwin pada bulan Jun 2006. Banyak tempahan dari customer yang saya dapat kebanyakan mereka bekerja di pejabat sekitar LRT Masjid Jamek. Selepas saya berniaga di Masjid Jamek saya berniaga pulak di kawasan perumahan dekat Bandar Baru Sentul. Memang jadi kegilaan nasi lemak saya waktu itu. Namun disebabkan saya tak mohon lesen, selalu jugaklah kena saman dengan DBKL.

Selepas berkahwin saya jual nasi lemak kat opis je. Kawan kat opis makan nasi lemak saya kalau sebungkus memang tak cukup. Ada yang beli sampai 10 bungkus sambal asing sebab nak bawa balik rumah makan. Nasi lemak saya memang tahan lama. Sampai ke malam pun boleh makan lagi.

Saya juga ada hantar nasi lemak kat kakak ipar saya untuk di jual di sekolah. Kakak ipar saya cikgu di sekolah wangsa maju R10. Memang ramai cikgu-cikgu kat sekolah tu suka makan nasi lemak saya semua kata sedap. Tapi tak lama jual kat sekolah sebab nanti pihak kantin marah sebab jual nasi lemak seludup huhu.

Dulu masa bujang memang banyak idea nak kembangkan bisnes nasi lemak. Nak jual sambal siap bungkuslah, nak buat nasi lemak delivery lah macam-macam tapi tak kesampaian disebabkan saya masih bekerja dengan Goverment. Jadi disebabkan tak cukup masa dan takde tenaga tambahan saya berhenti jual nasi lemak kini hanya mengambil tempahan dan jual resepi sahaja. Insyaallah akan datang saya akan mengatur semula bisnes nasi lemak saya memang bercita-cita nak buka cawangan nasi lemak sendiri di beberapa tempat yang strategik.

Sebenarnya sambal nasi lemak ini saya belajar dengan kakak saya. Tetapi saya olah lagi dan adjust jadi lebih sedap sampai sekali orang cuba pasti nak makan lagi. Jangan risau saya takde letak bahan terlarang ye sampai jadi ketagih huhu. Semuanya bahan yang selamat dimakan.

Mula-mula saya jual resepi sambal nasi lemak ni harga dia RM 70 je, lepas tu naik RM 90, RM 120 dan sekarang harga akhir RM 150 jika anda serius berminat nak dapatkan resepi sambal nasi lemak yang sedap ini boleh terus hubungi saya atau whatsapp ke 012 - 976 0024 sehingga disember 2019 ini ada diskaun rm20.

Maafkan saya sebab resepi ini saya tidak kongsi secara percuma. Ia ilmu yang sangat berharga dan berbaloi untuk anda sendiri amalkannya. Biasanya kalau bagi percuma orang tak hargainya dan tak ambil kisah sangat pun. 

Apa yang akan anda dapat dengan nilai RM 150 yang anda laburkan untuk beli resepi sambal nasi lemak ini?

  • Resepi rahsia sambal nasi lemak yang detail A to Z, bahan-bahan dan cara masaknya sekali
  • Bahan-bahan dan cara masak nasi lemak (PERCUMA)
  • Tips-tips rahsia semasa menyediakan nasi lemak
  • Tips-tips berniaga naikkan jualan nasi lemak
  • Sebarang pertanyaan boleh tanya anytime
Ikutkan nilai RM 150 yang anda laburkan memang tak sama nilai dengan ilmu yang saya kongsikan. Ada pembeli yang beli resepi sambal nasi lemak saya kata, patutnya resepi sambal saya boleh jual beribu-ribu harganya. Tapi takpelah setakat ni RM 150 pun dah ok. Niat saya untuk membantu sahaja. Sebab ramai customer kat luar sana mahukan nasi lemak yang sedap untuk dimakan. Bukan main jual sahaja tapi nasi lemak tak sedap langsung. Kalau boleh biar semua puas hati.

Kalau anda tak tahu masak takde pengalaman masak sambal, jangan risau anda ikut je step by step bahan dan cara memasak yang saya berikan pasti menjadi. Insyaallah.

Selain jual resepi saya sebenarnya sekarang adalah Pengurus Jualan di Cuckoo International Malaysia. Kalau anda berminat nak pakai produk Cuckoo boleh roger saya juga. Saya ada jual penapis air, penapis udara, induction cooker & multicooker cuckoo. Multicooker cuckoo ni power tau macam-macam boleh masak. Paling best masak dodol 40 minit dah siap. Kalau nak beli cuckoo boleh terus order secara online di kedai online saya klik sini ⇨ Kedai Online Cuckoo satu malaysia boleh pasang.

Ok kita sambung semula pasal resepi rahsia sambal nasi lemak saya yang sedap tu. Ramai dah beli resepi sambal saya ni seluruh Malaysia dah beli. Orang luar negara pun ada beli juga, Brunei, Singapore, Indonesia paling jauh pembeli dari United Kingdom, Qatar, Australia. Kalau orang dari luar negara beli harga dia mahal la sikit.

Mari saya kongsikan testimoni-testimoni pembeli yang dah beli dan berjaya hasilkan nasi lemak yang sedap dari resepi sambal nasi lemak saya yang sedap ini.

Tesimoni 1 : Orang kedah, dia bagitau bapak dia yang suka komplen masakan orang pun kata sedap bila cuba resepi saya.




Testimoni 2 : Suami cakap sedap sangat. Memang lepas ni tak payah makan kat kedai lagi.



Testimoni 3 : Kak Raihan dari Meru, Klang. Dia bagitau respons guru-guru kat sekolah semua kata sedap. Memang berbaloi. Ramai guru yang tanya macammana nak buat sambal yang sedap tu, tapi tak bolehlah nak bagitau rahsianya. Kena beli dulu resepi ini untuk kegunaan sendiri.




Testimoni 4 : En. Adnan dari Pahang. Beliau bagitau memang sedap dan mengancam. Sambutan dari kawan-kawan menggalakkan. Memang berbaloi beli resepi dari saya, cuma kata dia rugi kalau tak usahakan.



Testimoni 5 : Puan Mis dari Kota Kinabalu Sabah, beliau ada restoran sendiri kat Sabah sana. Dia bagitau rasa sambal nasi lemak saya macam hotel punya. Uih sebenarnya lagi sedap daripada hotel punya tau.


Testimoni 6 : Encik Norezmi daripada mana tah saya tak ingat. Dia pengusaha kantin sekolah. Baru cuba bagi tester kat kawannya yang bekerja di kilang terus dapat order 200 bungkus nasi lemak sekaligus. Dia kata memang tak rugi pelaburan untuk beli resepi saya ini malah beruntung sangat dapat resepi dari saya.



Testimoni 7 : Puan Zainab dari Pahang. Bagi 10 bintang kat resepi sambal nasi lemak saya ni. Terlebih berbaloi dengan resepi yang dibeli.



Testimoni 8 : Puan Mas dari Negeri Sembilan. Sebelum ni dah cuba macam-macam resepi kat google
tapi lepas cuba resepi yang beli kat saya ni terus dia kekalkan guna resepi saya untuk berniaga. Sehari dia buat 3x ganda sukatan. Ramai pelanggan kata sedap macam resepi sambal dulu-dulu.


Testimoni 9 : Puan Salbiah dari Shah Alam. Dia kata suami jadi tak senang duduk bila dia mula menumis sambal. Sedapnya bau sedapnya bau bila tengah menumis. Memang sentiasa teringat kesedapan sambal nasi lemak yang dimasak. Resepi sambal yang hebat.



Testimoni 10 : Puan Nurul dari Johor Bharu. Anak dia dari tak makan sambal jadi suka makan sambal. Kejap-kejap minta tambal sambal. Memang sedap kata anaknya. Dia sendiri kata memang terbaik dan memang sedap sangat resepi sambal saya ni.


Testimoni 11 : Puan Rita dari Sarawak. Pelanggan yang beli nasi lemak ramai yang kata sambalnya sedap dan kak rita ni dah mula ada pelanggan yang tetap.


Testimoni 12 : Puan Zuriati dari Negeri Sembilan. Dia beli resepi saya sebab dia pernah makan nasi lemak kat kiost Mydin Senawang, Taukeh tu pun beli resepi sambal dari saya waktu tu resepi yang saya jual harganya RM 90 sekarang RM 150 tau. 


Testimoni 13 : Ini pembeli resepi dari Sabah saya tak ingat dah namanya huhu. Kawan cina dia kata dah lama tak makan nasi lemak yang sesedap ini. Semua orang kata sedap suruh kekal kualiti siap bagi thumb up. Sambal menepati citarasa pelbagai bangsa. Dia bagitau harga resepi yang letak sekarang ni tak munasabah dengan manfaat yang dia dapat. Patut jual resepi harga ribu-ribu tau.

Testimoni 14 : Puan Muzlifah dari Seremban bagitau sambal dia masak ikut resepi yang saya bagi memang dapat pujian. Ramai yang tempah awal-awal dulu kalau tak ada yang tak dapat beli nasi lemak yang dia bawa jual kat kilang.


Testimoni 15 : Puan Ina dari Putrajaya dia siap masak terus hantar gambar sambal nasi lemak kat saya. Memang betul-betul sedap katanya. Tak rugi beli resepi dari saya memang berbaloi sangat-sangat.

Ok banyak lagi testimoni nak upload sebenarnya tapi biarlah cukup yang ni saja nanti jadi berat loading bila nak baca entry sambal nasi lemak ni sebab banyak sangat gambar testimoni.

Insyaallah bagi anda yang nak beli resepi ni ambil peluang segera whatsapp saya ke 012-9760024 
Anda pasti takkan menyesal beli resepi sambal dari saya ini. Insyaallah. Sebelum harga dinaikkan sementara harga masih RM 150 cepat-cepatlah hubungi saya.

Anda juga boleh berkunjung ke Facebook Page saya CattaleyaRichCoconutRice rata-rata yang beli resepi semua bagi review 5 bintang tau.




Isnin, 28 Ogos 2017

Assalamualaikum wbt. Salam sihat, ceria dan ohsem.

Di zaman moden kini, kebanyakan orang terlalu sibuk. Ye sangat sibuk dengan kerja untuk mencari duit sampai mengabaikan soal kesihatan. Sedangkan kesihatan perlu dijaga untuk kehidupan yang lebih baik.

Gaya hidup yang tidak sihat dan mengamalkan pemakanan yang kurang baik juga menyumbang kepada risiko mendapat penyakit yang datang menyerang secara tiba-tiba.



Kadang-kadang, perubahan yang kecil dalam gaya hidup kita benar-benar boleh membantu mengurangkan risiko kemungkinan anda mengalami serangan jantung atau strok.

Mari kita cuba amalkan 7 tips langkah-langkah pendekatan ini untuk kurangkan risiko serangan jantung atau strok :

1. Bersenam Walaupun Sedikit Setiap Hari

Aktiviti fizikal yang sederhana mengurangkan peluang anda untuk serangan jantung. Lakukan selama 30 minit senaman yang membuat jantung anda mengepam sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Berjalan kaki atau berenang adalah beberapa pilihan yang baik. Pada 2 hari yang lain, lakukan latihan kekuatan seperti mengangkat berat.

Sekirannya anda mempunyai jadual yang ketat, rutinkan senaman anda ke bahagian yang kecil. Cuba berjalan kaki selama 15 minit pada waktu pagi dan satu lagi sebelum makan tengahari.

2. Tetapkan Matlamat Untuk Menurunkan Berat Badan

Sekiranya anda berlebihan berat badan atau obes, anda tidak perlu terlalu kurus untuk mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar. Jika anda kehilangan 5 peratus hingga 10 peratus berat banda anda sudah dapat memperbaiki kolesterol,  menurunkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah anda.

3. Ikut Nasihat Doktor

Cuba ikut nasihat dan pandangan daripada doktor anda dalam mengambil ubat dan makanan tambahan.

4. Makan Dengan Baik

Jika anda berpegang kepada diet yang sihat, anda boleh menurunkan kemungkinan mendapat penyakit jantung.

Sertakan hidangan diet anda dengan pelbagai jenis :

  • Buah-buahan
  • Sayuran
  • Bijirin penuh
  • Ikan
  • Daging tanpa lemak
Jauhkan dari makanan yang diproses atau makanan berlebihan garam dan gula tambahan. Makanan tersebut banyak pengawet.

5. Makan Sedikit Coklat

Dapatkan coklat gelap ( dark chocolate) dan pastikan bahan itu sekurang-kurangnya mengandungi 70 peratus koko. Ia dipenuhi dengan nutrien yang dapat membantu melindungi ticker anda.

6. Jangan Merokok

Merokok secara mendadak menimbulkan risiko serangan jantung dan strok. Bercakap dengan doktor anda tentang bagaimana untuk berhenti. Anda juga boleh memudaratkan kawan, keluarga dan orang sekeliling anda kerana asap rokok anda juga boleh membawa mereka kepada penyakit jantung.

7. Perhatikan Tanda Atau Gejala Yang Anda Alami

Apabila mengalami tanda-tanda jangan harap ia boleh berlalu pergi sahaja. Pastikan anda berjumpa doktor jika merasakan sesuatu yang tidak biasa anda alami seperti sesak nafas, perubahan dalam irama jantung anda, atau keletihan yang melampau. Gejala yang lain juga seperti kesakitan di rahang atau belakang, mual atau muntah, berpeluh atau gejala seperti selesema.

Selain 7 tips kurangkan risiko serangan jantung atau strok di atas, anda juga boleh mengamalkan suplemen atau vitamin Shaklee.

Mengapa pilih Shaklee? Kerana Shaklee adalah satu-satunya syarikat peneraju dalam industri makanan tambahan terbaik di dunia.

Hasil kajian dari Landmark Study. Pengguna yang mengamalkan Shaklee lebih dari 20 tahun kesihatan mereka adalah jauh lebih baik daripada mereka yang tidak makan apa-apa jenis suplemen.





Inilah Profesor yang mengetuai kajian Landmark Study.


Mengejutkan lagi bagi mereka yang makan suplemen selain Shaklee kesihatan mereka lebih berisiko mendapat penyakit kronik kerana ada suplemen yang mereka ambil mengandungi bahan yang merbahaya.

Kajian Landmark Study ini adalah kajian pihak ketiga. Shaklee tidak membayar pihak ketiga ini untuk hasilkan keputusan yang memihak kepada Shaklee.

Sebaliknya hanya syarikat Shaklee sahaja yang berani mempertaruhkan nasib kerana apa-apa sahaja keputusan sama ada baik atau buruk akan dikongsikan kepada umum.

Anda boleh rujuk www.landmarkstudy.com untuk info lebih lanjut mengenai landmark study ini.

Vivix Suplemen Eksklusif Shaklee

Bagi anda yang berkemampuan mempunyai sumber kewangan yang lebih anda boleh mengambil Vivix Shaklee untuk dijadikan sebagai minuman yang wajib di ambil setiap hari.

Kehebatan Vivix Shaklee tidak dapat dipertikaikan lagi kerana ia satu-satunya suplemen yang berjaya menembusi sel/DNA manusia.

Vivix berfungsi untuk melindungi sel/DNA daripada rosak. Ia bertindak memperbaiki sel, memberi tenaga kepada sel, melindungi dan meningkatkan prestasi sel anda. Sekaligus bila anda menjadikan Vivix sebagai minuman harian dan konsisten mengambilnya risiko mendapat serangan kanser dan penyakit kronik amat rendah.

Vivix juga membantu untuk melawan penyakit kronik yang sedang anda alami.
Harga sebotol Vivix agak mahal RM 475 sebotol kerana produk ini sangat berkualiti. Kajian dibuat bertahun lamanya. Ia di hasilkan daripada 4 jenis tumbuhan botani yang sangat tinggi khasiatnya.
  1. Anggur Muscadine 👈( Klik untuk info)
  2. Elderberry Eropah 👈( Klik untuk info)
  3. Knotweed Jepun 👈( Klik untuk info)
  4. Lobak Ungu 👈( Klik untuk info)
Tidak ada gunanya jika anda seorang yang kaya namun menghadapi gangguan masalah kesihatan. Anda patut melabur untuk kebaikan tubuh anda juga dengan mengamalkan Vivix setiap hari.

Risiko serangan jantung dan strok atau penyakit kronik yang lain dapat dikurangkan dengan pengambilan Vivix yang konsisten insyaallah.

Set Kesihatan Keperluan Harian Shakle Terbaik Untuk Seisi Keluarga Anda

Bagi anda yang mementingkan kesihatan keluarga di samping dapat mengurangkan kos perbelanjaan rawatan kerana hampir setiap bulan ada sahaja ahli di kalangan keluarga anda terganggu kesihatannya. 



Shaklee mengajak anda merasai dan menyelami kehidupan yang sihat dan lebih baik. Kami percaya bahawa makan secara seimbang dan sihat serta pengambilan suplemen kesihatan terbaik dapat mengurangkan risiko jatuh sakit.

Kehidupan yang sihat merupakan satu nikmat yang terindah. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat.

Anda patut menyediakan perlindungan yang terbaik dengan mengambil Set Keperluan Harian yang dicadangkan oleh Shaklee. Ini adalah suplemen asas untuk permulaan  yang sihat seisi keluarga anda.

Set Keperluan Harian ini terdiri daripada :

1) ESP Soy Protein Isolate Powder - Memberi Tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan
Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan yang penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Kuasa protein adalah untuk memberi tenaga lebih lama kerana kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang hari. Tingkatkan tenaga harian dan stamina anda sepanjang hari dengan minuman protein ESP kami.



Harga Runcit ESP : RM 161.25 / 850 gram.
Untuk order secara online anda boleh klik di sini Order ESP


2) Vita-Lea Iron Formula - Nutrisi Penting Untuk Kesihatan Optimum
Vita-Lea adalah multivitamin dan multimineral. Ia merupakan formulasi khas dicipta untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita dewasa. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal termasuk vitamin C dan Beta Korena untuk perlindungan antioksidan.



Harga Runcit Vita-lea : RM 93.75 mengandungi 120 tablet. Saranan penggunaan 2 tablet sehari selepas makan. Vita-Lea hanya untuk orang dewasa sahaja.
Untuk pembelian online anda boleh terus klik di sini Order Vita-Lea


3) Sustained Release Vita C-Plus - Vitamin C Semulajadi
Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh. Fungsi utama adalah sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya semua yang membentuk tubuh anda.



Harga Sustained Release Vita-C Plus : RM 97.50 mengandungi 180 tablet. Saranan penggunaan ambil 1 tablet sehari selepas makan.
Untuk pembelian online anda boleh terus klik di sini Order Sustained Release Vita-C Plus



4) OmegaGuard - Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi
Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan iaitu asid lemak penting Omega-3 dimana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri. Mengandungi 2 jenis utama EPA dan DHA penting untuk kesihatan manusia.






Harga OmegaGuard RM 136.25 mengandungi 90 kapsul. Saranan penggunaan 3 kapsul sehari selepas makan.
Untuk pembelian online anda boleh terus klik di sini Order OmegaGuard


4) B-Complex - Lengkap Dengan Kesemua Lapan Vitamin B
Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.

Shaklee B-Complex membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B.
Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.

Harga B-Complex : RM 58.75 mengandungi 120 tablet. Saranan penggunaan hanya 1 tablet sehari selepas makan.
Untuk pembelian online anda boleh terus klik di sini Order B-Complex


Untuk pembelian secara online keseluruh Set Keperluan Harian Shaklee anda boleh klik link di bawah ini
Order Set Keperluan Harian Shaklee

Makluman semua pembelian secara online akan dikenakan GST dan kos penghantaran yang minima. Untuk ditanggung GST anda boleh terus menghubungi saya atau whatsapp ke 012 -976 0024 Daud Mohamad. Anda juga akan mendapat konsultasi secara percuma untuk sebarang pertanyaan mengenai kesihatan dan suplemen yang dicadangjan.

Sekian perkongsian kali ini. Terima kasih.











Khamis, 24 Ogos 2017


Assalamualaikum wbt. Salam sihat, ceria dan ohsem.

Proses kimoterapi menjadi mimpi ngeri bagi setiap pesakit kanser yang menjalaninya. Orang selalu mengatakan banyak kesan sampingan yang buruk apabila menjalani kimoterapi seperti :

  • Keguguran rambut samaada sedikit atau seluruhnya
  • Hilang selera makan
  • Kebas tapak tangan dan kaki
  • Kulit menjadi kering, bersisik dan berkedut
  • Pendarahan samaada di bahagian mulut atau rongga badan yang lain
  • Sering muntah kadangkala disertai darah
  • Perubahan kepada sistem pendengaran contoh bunyi bergaung
  • Bengkak pada sistem deria atau di bahagian organ badan
  • Perubahan kepada warna kulit
  • Mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun lemah
  • Kelesuan letih dan tidak bermaya

Apakah Sebenarnya Yang Dikatakan Kimoterapi Itu?

Kimoterapi adalah sejenis rawatan kanser yang menggunakan ubat-ubatan bertujuan untuk memusnahkan sel-sel kanser dalam tubuh pesakit.

Bagaimana Kimoterapi Berfungsi?

Kimoterapi berfungsi dengan menghentikan atau melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser yang tumbuh dan membahagi (merebak) dengan cepat.

Tetapi ia juga boleh membahayakan sel-sel tubuh kita yang sihat. Kerosakan kepada sel-sel sihat semasa proses kimoterapi ini yang mendatangkan kesan sampingan. Selalunya kesan sampingan menjadi lebih baik atau hilang selepas kimoterapi berakhir.


Berapa Kekerapan Proses Kimoterapi?

Jadual rawatan untuk kimoterapi berbeza-beza. Berapa kerap dan berapa lama anda mendapat kimoterapi bergantung kepada :
  • Jenis kanser dan bagaimana tahapnya
  • Matlamat rawatan iaitu samada kimoterapi digunakan untuk mengubati kanser anda, mengawal pertumbuhannya atau meringankan gejala
  • Jenis kimoterapi
  • Bagaimana reaksi badan anda terhadap kimoterapi
Anda mungkin menerima kimoterapi dalam kitaran. Kitaran ialah tempoh rawatan kimoterapi diikuti dengan tempoh istirehat. 

Sebagai contoh, anda mungkin menerima 1 minggu kimoterapi diikuti dengan 3 minggu tempoh rehat. 4 minggu ini membentuk satu kitaran. Tempoh rehat memberi peluang kepada tubuh anda untuk membina sel baru yang sihat.

Persoalannya adakah proses kimoterapi anda boleh dikurangkan? Insyaallah boleh. 

Selepas 3 Kali Kimo, Proses Kimoterapi Pesakit Kanser Payudara Tahap 4 Ini Berjaya Dikurangkan Bilangan Tempoh Masanya Selepas Minum Vivix Shaklee! Daripada 12 Menjadi 6 Kali Sahaja.


Alhamdulillah syukur teramat sangat apabila saya mendapat berita dari customer saya sendiri. Beliau adalah Puan Nur Ashikin Abu Bakar dari Kluang Johor. Pada 8 Oktober 2016, Kak Shikin telah belikan 2 botol Vivix Shaklee untuk maknya yang tinggal di Pulau Pinang. Mak Kak Shikin menghidap kanser payudara stage-4 dan perlu menjalani kimoterapi kerana kanser yang mak hidapi dah ke bahagian otot.

Sebelum ni berat badan mak menurun dan kurang selera makan dan cepat penat disebabkan makan ubat terlalu banyak. Alhamdulillah selepas minum Vivix kesihatan maknya semakin bertambah baik. Emak kembali cergas, walaupun setelah proses kimoterapi dibuat pada hari yang sama mak Kak Shikin boleh pergi makan kat kenduri kahwin. Selera makan pun dah ok.

Selepas mak buat kimoterapi kali ketiga, Kak Shikin ada telefon mak. Mak cakap hari ini jumpa Doktor Pakar. Pakar bagitau kat mak, yang mak kena buat 3 kali lagi je kimoterapi. Maknanya 6 kali sahaja mak kena buat kimo. Ikut asal sepatutnya mak kena buat kimoterapi sebanyak 12 kali. Alhamdulillah mak dah minum 3 botol Vivix konsisten sepanjang tempoh kimoterapi.

Orang lain yang buat kimoterapi dahulu tak habis lagi. Ramai yang terkejut , semua tertanya macammana mak punya kimo jadi sikit je. Alhamdulillah berkat usaha Kak Shikin yang tak jemu ingatkan mak minum Vivix setiap hari. Semuanya dengan Izin Allah juga.


Apakah Rahsia Di Sebalik Keistimewaan Vivix Shaklee Ini?

Vivix ni memang jadi suplemen yang viral. Hangat diperkatakan. Dan kalau anda nak tahu jualan Vivix sejak diperkenalkan telah melebihi 2 Juta botol terjual.

Rahsia keajaiban Vivix adalah disebabkan ramuan khas 4 tumbuhan botani terbaik iaitu Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Knotweed Jepun dan Lobak Ungu. Tumbuhan ini menghasilkan Resveratrol dan Polifenol yang sangat terbaik khasiat dan memberi manfaat kepada tubuh badan kita.

Vivix ini apabila anda mengamalkannya ia dapat memperbaiki sel-sel/DNA kita yang rosak dengan membina sel-sel baru yang lebih kuat dan sihat. Vivix juga berfungsi untuk melindungi sel, memberi tenaga kepada sel dan meningkatkan fungsi sel.



Bukan orang yang sakit je boleh minum Vivix. Orang yang sihat dan nak jaga kesihatan wajib amalkan Vivix kerana Vivix dapat mencegah daripada berlakunya serangan kanser dan mengurangkan risiko kita mendapat penyakit kronik. 

Al-maklumlah sekarang ni kalau kita tak jaga pemakanan dan menjalani gaya hidup yang tidak sihat memang mudah kita dihidapi penyakit yang kronik tanpa disangka-sangka.


Mari kita tengok video perkongsian Puan Nor HanaHashim ini yang menghidapi darah tinggi, sakit saraf, payudara berdarah bagaimana beliau sihat semula selepas minum Vivix Shaklee.



Saya kongsikan juga beberapa testimoni dari pengguna yang menghidap kanser payudara :









Insyallah untuk anda yang masih mencari ikhtiar dan alternatif untuk masalah kanser payudara atau penyakit kronik yang lain. Anda boleh mencuba Vivix Shaklee sebagai ikhtiarnya.

Semoga dengan asbab pengambilan Vivix ini dapat membantu meningkatkan semula dan dengan IzinNya penyakit yang anda alami boleh disembuhkan. Kerana setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Walaupun harga Vivix ini mahal, namun kesihatan anda jauh lebih bernilai dari harga sebotol Vivix.

Sebotol Vivix berharga RM 475 Namun, jika sekiranya anda ingin dapatkan penjimatan berganda anda boleh membeli 2 botol dengan harga yang istimewa, menikmati kos penghantaran percuma, keahlian percuma dan menerima cash rebate bonus pada bulan depan. Nak order Vivix hubungi saya sekarang 012 - 976 0024

Pembelian Vivix secara online juga boleh di buat klik di sini 👉Beli Online Vivix Shaklee namun pembelian terus secara online anda dikenakan GST harganya RM 503.50 jika beli secara online. Kos penghantaran adalah percuma.

FOLLOW SAYA DI FACEBOOK : Daud Mohamad


Rabu, 23 Ogos 2017


Assalamualaikum wbt , salam sihat, ceria & ohsem.

Apabila seseorang itu perlu menjalani dialisis ia menjadi perkara yang amat menyedihkan.

Jika dahulu kita kelihatan sihat dan cergas. Namun siapa sangka, nikmat sihat yang kita tidak jaga akhirnya membawa kepada masalah penyakit yang kronik hingga terpaksa menjalani dialisis seumur hidup.

Buah pinggang merupakan organ penting badan kita. Ia berfungsi untuk menapis toksin dari badan kita. Tahap urea dan kreatinin meningkat jika buah pinggang tidak berfungsi dengan baik dan keperluan untuk dialisis atau pemindahan buah pinggang akan terjadi jika buah pinggang gagal berfungsi.

Apakah Itu Dialisis?

Ia adalah rawatan yang mengambil alih fungsi ginjal anda sekiranya organ tersebut berhenti melakukan tugasnya. Terdapat 2 jenis dialisis :

  1. Hemodialisis : Darah anda dimasukkan ke dalam penapis di luar badan anda, dibersihkan, dan kemudian dikembalikan kepada anda. Dialisis ini dilakukan di pusat dialisis.
  2. Dialisis Peritoneal : Darah anda dibersihkan di dalam badan anda. Cecair khas dimasukkan ke dalam perut untuk menyerap sisa dari darah melalui saluran kecil di rongga perut anda. Fluida kemudian disalirkan. Jenis dialisis ini biasanya dilakukan di rumah.

Terdapat banyak sebab mengapa buah pinggang gagal berfungsi. Sesetengah penyakit dan keadaan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang termasuk :
  • Darah beku di dalam atau di sekitar buah pinggang anda
  • Jangkitan (Infection)
  • Lebihan toksin dari logam berat
  • Dadah dan alkohol
  • Vaskulitis, keradangan dan pembuluh darah
  • Lupus, penyakit autoimun yang boleh menyebabkan keradangan organ-organ badan yang banyak
  • Glomerulonefritis, keradangan salur darah kecil buah pinggang
  • Sindrom uremik hemolitik yang melibatkan pecahan sel darah merah disebabkan jangkitan bakteria, biasanya usus
  • Pelbagai myeloma, kanser sel plasma dalam sumsum tulang anda
  • Scleroderma, penyakit autoimun yang menjejaskan kulit anda
  • Purpura trombositopenik trombotik, gangguan yang menyebabkan pembekuan darah di dalam vesel kecil
  • Ubat kemoterapi, ubat-ubatan yang merawat kanser dan beberapa penyakit autoimun
  • Antibiotik tertentu
  • Diabetes yang tidak terkawal


Pencegahan perlu kita lakukan sebelum terlambat untuk tidak menjalani dialisis. Sering kita saksikan pesakit yang menjalani dialisis kelihatan sangat penat,tidak bermaya, kurang bertenaga dan perlu dibantu oleh orang lain untuk membawanya melakukan rawatan.

Kos rawatan untuk dialisis juga sangat mahal boleh mencecah RM 5,000 untuk sebulan. Adakah anda mampu untuk menanggungnya?

7 Cara Untuk Mengelakkan Dialisis Dan Kegagalan Buah Pinggang

  1. Makan dengan betul dan hilangkan berat badan yang berlebihan
  2. Senaman secara teratur
  3. Jangan merokok
  4. Elakkan garam berlebihan dalam diet anda
  5. Mengawal tekanan darah tinggi dengan membuat pemeriksaan sendiri dan berjumpalah doktor
  6. Mengawal diabetes
  7. Mengambil suplemen untuk menggantikan nutrisi yang hilang 


Suplemen Terbaik Elak Dari Dialisis, Vivix Shaklee!

Kandungan khas Resveratrol dan Pholyfenol di dalam Vivix dapat memperbaiki semula sel-sel/DNA yang rosak. Makanan terbaik ini menjadikan badan anda menghasilkan sel-se/DNA yang sihat dan kuat.

Pengambilan Vivix secara konsisten dapat membantu meningkatkan semula kesihatan buah pinggang anda. Insyallah setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Harus kita berusaha untuk berikhtiar mengubati penyakit yang dihidapi.


Banyak kelebihan dan kebaikan kepada mereka yang mengamalkan Vivix Shaklee ini. Vivix juga berfungsi untuk melindungi sel-sel tubuh kita dari berlakunya kerosakan yang menyebabkan pelbagai penyakit kanser dan kronik :

  • Pengambilan Vivix membantu mengawal tekanan darah tinggi
  • Pengambilan Vivix membantu menurunkan kolesterol tinggi
  • Pengambilan Vivix membantu mengawal paras gula di dalam darah kencing manis
  • Pengambilan Vivix memperbaiki sel saraf pesakit stroke berfungsi semula
  • Pengambilan Vivix membantu meningkatkan kesihatan pesakit tiroid
  • Pengambilan Vivix membantu merencatkan perebakan sel kanser
  • Pengambilan Vivix membantu mengecutkan cyst, fibroid dan tumor



Vivix juga membantu melambatkan proses penuaan. Kita kelihatan cepat nampak tua dari usia sebenar adalah disebabkan terlalu banyak makanan manis tinggi gula dalam diet seharian. Dengan mengamalkan Vivix dapat mendetoks semula badan supaya nafsu keinginan makan yang manis mula berkurang dan stabil.

Testimoni Vivis Elak Dialisis

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2

TESTIMONI 3

TESTIMONI 4

TESTIMONI 5


TESTIMONI 6


TESTIMONI 7



TESTIMONI 8

Alhamdulillah semua dengan IzinNya. Usaha dan doa yang berterusan itu yang lebih utama dan selebihnya hanya tuhan sahaja yang menyembuhkan.

Jika anda juga sedang mencari ikhtiar atau jalan alternatif terbaik elakkan dari dialisis ikhtiarlah dengan Vivix Shaklee. Insyaallah dengan asbab pengambilan Vivix, ia dapat membantu meningkatkan semula kesihatan orang tersayang.

Sebotol Vivix berharga RM 475 Namun, jika sekiranya anda ingin dapatkan penjimatan berganda anda boleh membeli 2 botol dengan harga yang istimewa, menikmati kos penghantaran percuma, keahlian percuma dan menerima cash rebate bonus pada bulan depan. Nak order Vivix hubungi saya sekarang 012 - 976 0024

Pembelian Vivix secara online juga boleh di buat klik di sini 👉Beli Online Vivix Shaklee namun pembelian terus secara online anda dikenakan GST harganya RM 503.50 jika beli secara online. Kos penghantaran adalah percuma.

Semoga dengan pengambilan Vivix ini dapat meningkatkan kesihatan kita dan memudahkan urusan dalam kehidupan kita seharian.

Follow Facebook Saya : Daud Mohamad