DM Network We Born To Success

Superdad-Superleader-SuperRecruiter-Superfriends-Coach Zero Cost Marketing-Coach Bisnes Rakyat Marhaen- Sharing With Love - Ayah Najmi . Blogspot

Rabu, 30 Ogos 2017

Resepi Sambal Nasi Lemak Viral Tersedap Semua Orang Suka Sampai Jualan Kencang Laku Habis


Assalamualaikum wbt. Salam sihat, ceria & ohsem.

Semua orang di Malaysia tidak kira bangsa pasti suka makan nasi lemak. Nasi lemak memang antara makanan paling popular. Kalau dulu orang makan nasi lemak masa sarapan pagi je. Tapi sekarang tak kira masa, bila-bila je boleh makan nasi lemak sebab ada peniaga yang menjualnya.

Ramai orang cuba menambah pendapatan dengan menjual nasi lemak. Namun tak semua berjaya. Walaupun ada yang nasi lemak mereka jadi viral disebabkan keunikan jenama sahaja seperti Nasi Lemak Anak Dara, Nasi Lemak Pondan, Nasi Lemak Janda Bergetah tetapi bila merasai nasi lemak yang dimakan tidaklah sesedap mana seperti yang dihebohkan.

Bagi anda yang tidak tahu cara masak nasi atau sambal nasi lemak biasanya mesti anda akan mencari resepi-resepi sambal nasi lemak di internet dengan google. Tapi sayangnya semuanya indah khabar dari rupa.



Ada juga yang mendapat dan minta resepi sambal dari perkongsian kawan, adik beradik, sedara namun tetap sama. Sampai sambal yang dibuat terpaksa dibuang sebab tak dapat seperti apa yang dimahukan. Alhamdulillah selepas mencuba resepi sambal nasi lemak yang saya jual akhirnya apa yang diidamkan berjaya.

Bagaimana Cara Nak Buat Sambal Nasi Lemak Yang Sedap? Sampai Orang Suka dan Sentiasa Teringat-Ingat?

Ini bukan cakap kosong. Pengalaman saya sendiri pernah menjual nasi lemak suatu ketika dulu. Dulu pada tahun 2004 saya jual nasi lemak sebab kena kumpul duit nak kahwin punya pasal. Waktu itu nasi lemak yang saya harga dia hanya 70 sen sahaja sebungkus.

Nak meniaga nasi lemak kena kental. Pukul 4 pagi dah kena bangun masak nasi dan panaskan sambal. Saya mula berniaga di kaki lima depan Burger King dekat dengan LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur. Sebelum subuh dah gerak dari rumah dan solat subuh di Masjid Jamek. Lepat solat terus membungkus nasi lemak.

Waktu hari pertama berniaga, tong besar nasi lemak yang saya bawa tu nasi dalam tong tak sampai separuh pun. Bekas tong je besar. Lepas beberapa hari bila semua orang dah tahu kesedapan dan keenakkan nasi lemak yang saya jual, dari tong yang tak penuh nasi sampai sehari 2 tong nasi lemak habis dijual dalam masa lebih kurang 2 jam sahaja.

Semuanya gara-gara sambal nasi lemak saya yang sedap. Konon buat stok sambal untuk seminggu, tapi tak sampai seminggu sambal dah habis sebab asal customer beli je mesti nak sambal lebih. Customer saya semua bangsa ada, semua suka makan sambal yang saya buat. Ofkos nasi lemak yang saya masak pun sedap dan berderai. Yang paling penting sambal mesti kena sedap baru orang suka.

Maunya tak sedap, mestilah sedap resepi rahsiala katakan. Nak masak sambal tu bukan senang kena tunggu 4 jam baru siap masak dan dapat rasa yang sedap dengan bahan-bahan rahsia keluarga. 

Alhamdulillah berkat jualan nasi lemak saya berjaya kumpul duit nak kahwin pada bulan Jun 2006. Banyak tempahan dari customer yang saya dapat kebanyakan mereka bekerja di pejabat sekitar LRT Masjid Jamek. Selepas saya berniaga di Masjid Jamek saya berniaga pulak di kawasan perumahan dekat Bandar Baru Sentul. Memang jadi kegilaan nasi lemak saya waktu itu. Namun disebabkan saya tak mohon lesen, selalu jugaklah kena saman dengan DBKL.

Selepas berkahwin saya jual nasi lemak kat opis je. Kawan kat opis makan nasi lemak saya kalau sebungkus memang tak cukup. Ada yang beli sampai 10 bungkus sambal asing sebab nak bawa balik rumah makan. Nasi lemak saya memang tahan lama. Sampai ke malam pun boleh makan lagi.

Saya juga ada hantar nasi lemak kat kakak ipar saya untuk di jual di sekolah. Kakak ipar saya cikgu di sekolah wangsa maju R10. Memang ramai cikgu-cikgu kat sekolah tu suka makan nasi lemak saya semua kata sedap. Tapi tak lama jual kat sekolah sebab nanti pihak kantin marah sebab jual nasi lemak seludup huhu.

Dulu masa bujang memang banyak idea nak kembangkan bisnes nasi lemak. Nak jual sambal siap bungkuslah, nak buat nasi lemak delivery lah macam-macam tapi tak kesampaian disebabkan saya masih bekerja dengan Goverment. Jadi disebabkan tak cukup masa dan takde tenaga tambahan saya berhenti jual nasi lemak kini hanya mengambil tempahan dan jual resepi sahaja. Insyaallah akan datang saya akan mengatur semula bisnes nasi lemak saya memang bercita-cita nak buka cawangan nasi lemak sendiri di beberapa tempat yang strategik.

Sebenarnya sambal nasi lemak ini saya belajar dengan kakak saya. Tetapi saya olah lagi dan adjust jadi lebih sedap sampai sekali orang cuba pasti nak makan lagi. Jangan risau saya takde letak bahan terlarang ye sampai jadi ketagih huhu. Semuanya bahan yang selamat dimakan.

Mula-mula saya jual resepi sambal nasi lemak ni harga dia RM 70 je, lepas tu naik RM 90, RM 120 dan sekarang harga akhir RM 150 jika anda serius berminat nak dapatkan resepi sambal nasi lemak yang sedap ini boleh terus hubungi saya atau whatsapp ke 012 - 976 0024 sehingga disember 2019 ini ada diskaun rm20.

Maafkan saya sebab resepi ini saya tidak kongsi secara percuma. Ia ilmu yang sangat berharga dan berbaloi untuk anda sendiri amalkannya. Biasanya kalau bagi percuma orang tak hargainya dan tak ambil kisah sangat pun. 

Apa yang akan anda dapat dengan nilai RM 150 yang anda laburkan untuk beli resepi sambal nasi lemak ini?

  • Resepi rahsia sambal nasi lemak yang detail A to Z, bahan-bahan dan cara masaknya sekali
  • Bahan-bahan dan cara masak nasi lemak (PERCUMA)
  • Tips-tips rahsia semasa menyediakan nasi lemak
  • Tips-tips berniaga naikkan jualan nasi lemak
  • Sebarang pertanyaan boleh tanya anytime
Ikutkan nilai RM 150 yang anda laburkan memang tak sama nilai dengan ilmu yang saya kongsikan. Ada pembeli yang beli resepi sambal nasi lemak saya kata, patutnya resepi sambal saya boleh jual beribu-ribu harganya. Tapi takpelah setakat ni RM 150 pun dah ok. Niat saya untuk membantu sahaja. Sebab ramai customer kat luar sana mahukan nasi lemak yang sedap untuk dimakan. Bukan main jual sahaja tapi nasi lemak tak sedap langsung. Kalau boleh biar semua puas hati.

Kalau anda tak tahu masak takde pengalaman masak sambal, jangan risau anda ikut je step by step bahan dan cara memasak yang saya berikan pasti menjadi. Insyaallah.

Selain jual resepi saya sebenarnya sekarang adalah Pengurus Jualan di Cuckoo International Malaysia. Kalau anda berminat nak pakai produk Cuckoo boleh roger saya juga. Saya ada jual penapis air, penapis udara, induction cooker & multicooker cuckoo. Multicooker cuckoo ni power tau macam-macam boleh masak. Paling best masak dodol 40 minit dah siap. Kalau nak beli cuckoo boleh terus order secara online di kedai online saya klik sini ⇨ Kedai Online Cuckoo satu malaysia boleh pasang.

Ok kita sambung semula pasal resepi rahsia sambal nasi lemak saya yang sedap tu. Ramai dah beli resepi sambal saya ni seluruh Malaysia dah beli. Orang luar negara pun ada beli juga, Brunei, Singapore, Indonesia paling jauh pembeli dari United Kingdom, Qatar, Australia. Kalau orang dari luar negara beli harga dia mahal la sikit.

Mari saya kongsikan testimoni-testimoni pembeli yang dah beli dan berjaya hasilkan nasi lemak yang sedap dari resepi sambal nasi lemak saya yang sedap ini.

Tesimoni 1 : Orang kedah, dia bagitau bapak dia yang suka komplen masakan orang pun kata sedap bila cuba resepi saya.




Testimoni 2 : Suami cakap sedap sangat. Memang lepas ni tak payah makan kat kedai lagi.



Testimoni 3 : Kak Raihan dari Meru, Klang. Dia bagitau respons guru-guru kat sekolah semua kata sedap. Memang berbaloi. Ramai guru yang tanya macammana nak buat sambal yang sedap tu, tapi tak bolehlah nak bagitau rahsianya. Kena beli dulu resepi ini untuk kegunaan sendiri.




Testimoni 4 : En. Adnan dari Pahang. Beliau bagitau memang sedap dan mengancam. Sambutan dari kawan-kawan menggalakkan. Memang berbaloi beli resepi dari saya, cuma kata dia rugi kalau tak usahakan.



Testimoni 5 : Puan Mis dari Kota Kinabalu Sabah, beliau ada restoran sendiri kat Sabah sana. Dia bagitau rasa sambal nasi lemak saya macam hotel punya. Uih sebenarnya lagi sedap daripada hotel punya tau.


Testimoni 6 : Encik Norezmi daripada mana tah saya tak ingat. Dia pengusaha kantin sekolah. Baru cuba bagi tester kat kawannya yang bekerja di kilang terus dapat order 200 bungkus nasi lemak sekaligus. Dia kata memang tak rugi pelaburan untuk beli resepi saya ini malah beruntung sangat dapat resepi dari saya.



Testimoni 7 : Puan Zainab dari Pahang. Bagi 10 bintang kat resepi sambal nasi lemak saya ni. Terlebih berbaloi dengan resepi yang dibeli.



Testimoni 8 : Puan Mas dari Negeri Sembilan. Sebelum ni dah cuba macam-macam resepi kat google
tapi lepas cuba resepi yang beli kat saya ni terus dia kekalkan guna resepi saya untuk berniaga. Sehari dia buat 3x ganda sukatan. Ramai pelanggan kata sedap macam resepi sambal dulu-dulu.


Testimoni 9 : Puan Salbiah dari Shah Alam. Dia kata suami jadi tak senang duduk bila dia mula menumis sambal. Sedapnya bau sedapnya bau bila tengah menumis. Memang sentiasa teringat kesedapan sambal nasi lemak yang dimasak. Resepi sambal yang hebat.



Testimoni 10 : Puan Nurul dari Johor Bharu. Anak dia dari tak makan sambal jadi suka makan sambal. Kejap-kejap minta tambal sambal. Memang sedap kata anaknya. Dia sendiri kata memang terbaik dan memang sedap sangat resepi sambal saya ni.


Testimoni 11 : Puan Rita dari Sarawak. Pelanggan yang beli nasi lemak ramai yang kata sambalnya sedap dan kak rita ni dah mula ada pelanggan yang tetap.


Testimoni 12 : Puan Zuriati dari Negeri Sembilan. Dia beli resepi saya sebab dia pernah makan nasi lemak kat kiost Mydin Senawang, Taukeh tu pun beli resepi sambal dari saya waktu tu resepi yang saya jual harganya RM 90 sekarang RM 150 tau. 


Testimoni 13 : Ini pembeli resepi dari Sabah saya tak ingat dah namanya huhu. Kawan cina dia kata dah lama tak makan nasi lemak yang sesedap ini. Semua orang kata sedap suruh kekal kualiti siap bagi thumb up. Sambal menepati citarasa pelbagai bangsa. Dia bagitau harga resepi yang letak sekarang ni tak munasabah dengan manfaat yang dia dapat. Patut jual resepi harga ribu-ribu tau.

Testimoni 14 : Puan Muzlifah dari Seremban bagitau sambal dia masak ikut resepi yang saya bagi memang dapat pujian. Ramai yang tempah awal-awal dulu kalau tak ada yang tak dapat beli nasi lemak yang dia bawa jual kat kilang.


Testimoni 15 : Puan Ina dari Putrajaya dia siap masak terus hantar gambar sambal nasi lemak kat saya. Memang betul-betul sedap katanya. Tak rugi beli resepi dari saya memang berbaloi sangat-sangat.

Ok banyak lagi testimoni nak upload sebenarnya tapi biarlah cukup yang ni saja nanti jadi berat loading bila nak baca entry sambal nasi lemak ni sebab banyak sangat gambar testimoni.

Insyaallah bagi anda yang nak beli resepi ni ambil peluang segera whatsapp saya ke 012-9760024 
Anda pasti takkan menyesal beli resepi sambal dari saya ini. Insyaallah. Sebelum harga dinaikkan sementara harga masih RM 150 cepat-cepatlah hubungi saya.

Anda juga boleh berkunjung ke Facebook Page saya CattaleyaRichCoconutRice rata-rata yang beli resepi semua bagi review 5 bintang tau.




Tiada ulasan: