DM Network We Born To Success

Superdad-Superleader-SuperRecruiter-Superfriends-Coach Zero Cost Marketing-Coach Bisnes Rakyat Marhaen- Sharing With Love - Ayah Najmi . Blogspot

Selasa, 30 Jun 2015

Assalamualaikum

Sedar tak sedar hari ni dah masuk 15 Ramadhan cepat betul masa berlalu kan? Malam ni teraweh imam dan mula baca doa qunut masa solat witir. Tapi bila masuk malam ke 15 sampai 10 malam terakhir jemaah dah mula berkurang agaknya sibuk dengan persiapan raya maklumla nanti nak balik kampung tak sempat nak beli baju raya.

Kalau pergi ke bazar Ramadhan ramai betul orang meniaga.

Biasa AyahAmmar suka pergi Bazar Ramadhan Seksyen 1 Wangsa Maju berdekatan dengan Jusco. Pelbagai juadah makanan dan minuman yang menarik menjadi tarikan orang ramai membeli juadah di situ.

Tapi AyahAmmar rasa kecewa sebab susah betul nak cari orang jual Roti John dan Murtabak yang telur dibasuh. Kebanyakan telur semua tak basuh.

Bukan apa kalau kita nak bagi makan orang kenalah jaga bab kebersihan dalam makanan. Bukan pikir nak untung je.


Oklah hari ni AyahAmmar nak kongsi sikit tips untuk kita mendapat keberkatan dalam perniagaan yang kita jalankan.

Islam sangat menggalakkan umatnya berniaga kerana rezeki yang kita dapat boleh dikongsikan dengan orang lain. Tapi jika kita kaya hasil dari berniaga tanpa ada keberkatan apa yang akan terjadi? Jika ada kerberkatan harta atau rezeki yang sikit akan terasa banyak dan cukup sangat. Sebaliknya akan terasa sempit dan susah jika takberkat. Betul tak?

So macammana caranya untuk kita mendapat keberkatan itu?

9 Tips Mantapkan Bisnes Untuk Beroleh Keberkatan Dalam Perniagaaan

  • Bersyukur atas segala apa yang telah Allah beri pada kita.
  • Membelanjakan harta ke jalan yang diredhai oleh Allah.
  • Niat berniaga kerana Allah SWT, tak kira kita meniaga untuk mencari rezeki sambil beramal atau sebagainya. Jaga niat kita bila berniaga insyaAllah akan beroleh keberkatan. "Ya Allah, jadikan kami peniaga yang menjaga niat kami ikhlas hanya kepada-Mu. Moga usaha niaga kami barakah."
  • Keluarkan sedekah wajib iaitu zakat bila sampai nisab dan berikan sedekah yang sunat kepada orang miskin, anak yatim, musafir dan lain-lain.
  • Sentiasa istiqomah dalam membaca Al-Quran dan fahami setiap makna yang tertulis kerana Al- Quran menjadi ubat dan penawar kepada jiwa untuk kita lebih semangat sebagai peniaga. "Ya Allah, jadikanlah kami peniaga yang baca dan mengamalkan Al-Quran setiap hari. Moga perniagaan kami mendapat barakah."
  • Sentiasa jujur dalam setiap urus niaga. Peniaga yang jujur akan bertahan lama dan disukai pelanggan.
  • Jangan memberi atau menerima rasuah. Sentiasa percaya sesungguhnya Allah pemberi rezeki. "Kami tidak meminta rezeki kepadamu, bahkan kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa." (Taaha 20:132).
  • Sentiasa melazimkan bacaan bismillah/basmallah dalam berniaga. Mulakan setiap urusan bisnes kita dengan lafaz Bismillah agar sentiasa diberkati dan dijauhkan dari kejadian yang tak diingini.
  • Sentiasa memberi makanan serta bersedekah terutama di bulan Ramadhan. Kita bukan mendapat pahala je malah rezeki kita juga akan berlipat kali ganda seperti yang telah Allah janjikan.

InsyaAllah AyahAmmar berhenti di sini dulu. Harap tips ni dapat kita amalkan bersama untuk mencapai keberkatan dariNya. Jangan lupa kita perbanyakkan juga istighfar kepada Allah selain memohon keampunan ia juga menjadi asbab murah rezeki.


AyahAmmar,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024

Isnin, 29 Jun 2015

Assalamualaikum

Kalau bulan puasa AyahAmmar mesti nak join majlis buka puasa tak kisahla dengan kawan pejabat, kawan sekolah atau keluarga. Rasa tak sempurna je hidup kalau tak join sebab seronok buka puasa ramai-ramai ni.

Soal bayaran untuk join buka puasa tu tak kisah sangat asalkan berpatutan dan tak membazir AyahAmmar follow je. Apa yang penting ikatan sillaturrahim tu tak putus macam minggu lepas AyahAmmar buka puasa dengan EX-SAMER 2001 (bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Rawang).



Kitorang buat buka puasa ni kat Jungle Lodge Alang Sedayu di batu 12 Gombak. Saja organizer En. Afzainizam atau nama glamornya Ajai pilih tempat ni sunyi, privacy dan jauh dari bunyi bising kota. Lagipun kat sini mudah untuk isteri dan anak kitorang bersantai tanpa perlu cepat-cepat nak balik kalau berbuka kat tempat lain sebab kitorang berbuka dan berterawah sekali di sini.

Alhamdulillah syukur bukan selalu sangat dapat jumpa kawan-kawan sekolah SAMER ni maklumla masing-masing sibuk dengan kerja. Jadi dengan adanya majlis seperti ni dapatlah kitorang berkumpul sama-sama berkongsi cerita. Terima kasih kepada Syam yang sponsor kambing untuk majlis ni. Dan tak lupa kepada Ustaz Nukman yang jadi imam solat teraweh.



Majlis tamat jam 11 malam tapi kitorang sambung pulak bersembang sambil minum dekat kedai mamak Taqwa di Prima Gombak pulak.

Apa yang AyahAmmar nak kongsikan kat sini AyahAmmar suka dapat jumpa kawan-kawan lama untuk eratkan lagi sillaturrahim, insyaAllah tahun depan kalau panjang umur kitorang buat lagi.

Ikhlas

AyahAmmar,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024