DM Network We Born To Success

Superdad-Superleader-SuperRecruiter-Superfriends-Coach Zero Cost Marketing-Coach Bisnes Rakyat Marhaen- Sharing With Love - Ayah Najmi . Blogspot

Jumaat, 24 Julai 2015

3 Cara Terbaik Elak Stress Supaya Tak Jadi Pesakit Mental dan Bunuh Diri

Assalamualaikum

Penyebab utama seseorang menjadi pesakit mental adalah bermula dengan stress atau dalam bahasa melayunya adalah tekanan perasaan.

Saya kerap berjumpa dengan pesakit mental ini dan bertanya sendiri kepada mereka tentang bagaimana mereka mendapat penyakit tersebut. Ada yang mengakui stress dengan kerja, stress semasa belajar, stress dengan masalah keluarga dan sebagainya.

Stress ini boleh bermula dari peringkat kanak-kanak hingga ke orang tua. Jika masalah ini tidak dicegah dari awal akan mendatangkan mudarat dari segi kesihatan seperti tekanan darah tinggi, insomnia dan lain-lain. Malah stress juga boleh mengancam nyawa dengan membunuh diri.



Dengan itu suka saya kongsikan perkara terbaik bagi mengelak stress untuk panduan kita bersama.

3 Cara Terbaik Elak Stress Supaya Tak Jadi Pesakit Mental dan Bunuh Diri

1. Hubungan dengan Pencipta
  • Sebagai orang Islam kita harus menjaga hubungan kita dengan Allah dengan mengerjakan solat, membaca al-Quran, zikir dan menghadiri majlis ilmu. Inilah kunci utama bagi menghindarkan stress agar hidup sentiasa tenang walaupun dilanda masalah kerana Allah sentiasa ada untuk kita.
2. Melakukan Aktiviti Yang Digemari
  • Apabila anda dilanda masalah yang sukar diselesaikan jangan berfikir terlalu lama. Lakukan terus perkara yang anda gemari seperti bersukan, memancing, atau sebagainya bagi menenangkan perasaan anda walaupun seketika. Saya yakin selepas anda melakukan sesuatu yang anda gemari pasti anda kembali fokus dan menemui jalan penyelesaian dengan izin Allah jua. 
3. Berkomunikasi
  • Dapatkan seseorang untuk anda bertanya dan meluahkan masalah yang anda alami. Jangan pendamkan masalah anda jika tidak mampu diselesaikan. Jika anda malu untuk berkomunikasi secara lisan anda boleh menggunakan medium lain seperti menulis surat kepada pihak tertentu untuk mengatasi masalah tersebut.

Antara kaedah lain untuk elak stress adalah dengan menjaga pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat seperti kekacang, sayuran hijau, atau makanan tambahan iaitu B Complex. Pastikan anda mengikut waktu yang betul.

Apa yang lebih utama bagi mengelak stress ketika anda menghadapi masalah adalah fokuskan diri kepada penyelesaian dan bukan fokuskan kepada masalah.

Jika anda ada cadangan lain bagi mengelakkan stress boleh nyatakan di ruangan komen ye. 

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024




Tiada ulasan: