DM Network We Born To Success

Superdad-Superleader-SuperRecruiter-Superfriends-Coach Zero Cost Marketing-Coach Bisnes Rakyat Marhaen- Sharing With Love - Ayah Najmi . Blogspot

Ahad, 5 Julai 2015

Kisah Di Sebalik Lagu Hari Raya Popular Yang Tak Jemu Menjadi Pilihan Pendengar

Assalamualaikum

Di corong radio kini telah mula diputarkan lagu-lagu raya. Dan sekarang ni kalau pergi pasaraya mana-mana pun pasti berkumandang lagu raya kan? Memang semangat nak shopping sambil dengar lagu raya ni. Lebih-lebih lagi lagu raya nyanyian Dato Siti Nurhaliza, sampai baju raya terbeli 5 pasang sekaligus dek kerana hanya dengar lagu raya Dato Siti je. Hehehe :)

Semangat katanye, Hari ni saja nak kongsi sikit pasal lagu raya yang anda suka tu. Rasanya pasti ada kisah di sebalik lagu raya tu kan? Hehehe saya agak je.


Antara 6 buah lagu raya popular yang menjadi pilihan pendengar adalah :
  • Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Elina. Biasa orang yang paling suka dengar lagu ni adalah anak-anak kita. Macam anak saya semangat betul dengar lagu ni al-maklumlah lagu ni berkisahkan seronoknya Hari Raya tang part yang paling suka sangat tu bila dia sebut "Asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi". 
  • Balik Kampung lagu ni paling syok dengar masa dalam perjalanan balik ke kampung halaman.Memang lagu ni kena sangat dengan semangat kita untuk pulang ke kampung berhari raya.
  • Dari Jauh Ku Pohon Maaf :( lagu khas dari anak ditujukan buat ayah bonda sebab anaknya tak dapat pulang beraya bersama disebabkan mengikut giliran kena kerja tahun ni katanya..hehe ada juga yang tak dapat balik sebab cuti rehat dah takde yang paling tragiknya tiket bas nak balik ke kampung dah sold out.
  • Menjelang Hari Raya didendangkan oleh DJ Dave, wah antara lagu favourite yang seronok didengar pada malam raya sambil mak kita merebus ketupat dan memasak rendang untuk dimakan keesokan harinya.
  • Warna Warni Di Aidilfitri haha lagu nyanyian ramai oleh para artis. Lagu raya santai. Biasa kalau open house di opis setiap unit mesti hantar wakil untuk karaoke lagu raya. Dan lagu ni menjadi pilihan pertama dan terakhir untuk dinyanyikan ramai-ramai bersama rakan disebabkan semuanya malu-malu nak nyanyi secara solo.
  • Seloka Hari Raya memang tak sah kalau tak dengar lagu ni, betul tak? Lagu ni anda boleh nyanyikan bersama pasangan anda. Lebih syok lagi pasangan suami isteri.
Ok cukuplah setakat 6 lagu ni, kalau ada yang nak tambah boleh kongsikan diruangan komen ye.Nak cari lirik lagu raya boleh cari di sini www.liriklagumuzika.com 


Semoga raya tahun ni dapat kita menyambungkan semula sillaturrahim yang sekian lama terpisah. Pesanan saya, berhati-hati ketika memandu di jalan raya, jika mengantuk singgahlah di RnR untuk berehat seketika.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin,

AyahAmmar,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024

Tiada ulasan: