DM Network We Born To Success

Superdad-Superleader-SuperRecruiter-Superfriends-Coach Zero Cost Marketing-Coach Bisnes Rakyat Marhaen- Sharing With Love - Ayah Najmi . Blogspot

Selasa, 18 Ogos 2015

Merawat Demam Denggi Secara Semulajadi Dan Tips Pencegahan

Assalamualaikum

Kes demam denggi sekarang ni semakin meningkat. Sana-sini terdengar pasal denggi. Kat rumah saya di Wangsa Maju hari tu lebih 5 kali seminggu kena fogging. Itupun kalau ada kes baru dorang nak datang fogging. Tapi sebenarnya kita kena sama-sama ambil tanggungjawab untuk menjaga kebersihan persekitaran di perumahan yang kita tinggal.

Cukup merisaukan. Terutama waktu aktif nyamuk Aedes ni datang menyerang. Kalau ada nyamuk yang terbang memang Ayah Najmi nak tampar sampai mati. Geram sangat. Terkini menurut Kementerian Kesihatan, demam denggi boleh merosakkan otak dan hati manusia. Hingga boleh menyebabkan kematian yang cepat. Takut betul kan? Moga dijauhkan dan dilindungi Allah kita semua.


Jom kita ambil tahu dan ambil peduli serba sedikit tentang denggi ini supaya kita dapat mengatasinya.

Sebelum tu mari kita tengok Puan Sarah, seorang pakar pemakanan beritahu apa yang perlu dilakukan sekiranya seseorang terkena demam denggi. Sangat penting untuk kita tahu.

 

 Apakah itu demam denggi?

  • Sejenis penyakit akibat daripada jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang telah dijangkiti.

Bagimana demam denggi berlaku?

  • Seseorang itu akan terkena denggi apabila digigit oleh seekor nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti membawa virus denggi. Sebaik saja seseorang itu digigit, virus denggi akan mula memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya.

Jenis-jenis demam denggi dan tanda-tanda:

  • Demam denggi klasik
  1. Demam biasa yang bermula tanpa batuk dan selesema.
  2. Demam panas yang mengejut dan berterusan.
  3. Bintik-bintik merah pada kulit.
  4. Seseorang akan mengalami sakit yang teruk pada otot-otot, tulang, sendi-sendi, biji mata dan kepala.
  5. Badan jadi lemah dan hilang selera makan.
  6. Tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian namun, pesakit perlu dijaga supaya tidak berubah menjadi demam denggi berdarah.
  • Demam denggi berdarah
  1. 4 tanda utama yang dikenal pasti iaitu berlakunya pendarahan, demam panas, hati membengkak dan kegagalan sistem peredaran darah berfungsi.
  2. Perlu rawatan segera.
  3. Seseorang akan mengalami gejala muntah-muntah, sakit kepala dan sakit perut.
  4. Pesakit semakin parah apabila tanda seperti bibir lebam kebiruan, kulit lembap dan dingin serta denyutan nadi yang cepat menunjukkan kegagalan sistem peredaran darah.
  5. Kanak-kanak (2-14 tahun) selalu dihidapi oleh demam denggi berdarah ini.
  6. Jika suhu terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan kepada kanak-kanak.

Tips mencegah demam denggi:

  • Pasang ubat nyamuk fumakilla saya suka bau dia tak kuat atau alat penghapus nyamuk yang lain.
  • Pakai baju lengan panjang
  • Pasang kelambu jika ada
  • Periksa tempat takungan air secara berkala dan bersihkan dalam dan luar rumah anda.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya seseorang dijangkiti demam denggi?

Selalunya jika terkena denggi memang tiada ubat atau rawatan yang khusus. Jika ditahan hospital, mereka akan monitor suhu anda, beri paracetamol dan air. Jadi apa yang harus kita buat untuk membantu mengawal dan mempercepatkan proses penyembuhan denggi?

1. Lebihkan pengambilan cecair 
  • kerana masa kena denggi banyak cecair hilang dalam badan dan perlu berehat
2. Tingkatan pengambilan Vitamin C
  • sebab ia dapat meningkatkan semula sistem imunisasi badan dan dalam waktu yang sama ia memberi tenaga kepada interferon kita
3. Tingkatkan dan kukuhkan antibodi sendiri

4. Selepas sembuh dari denggi, kita sangat perlu kepada protein untuk membantu menyihatkan diri sendiri semula.


Pilihan makanan yang boleh diberikan:

Sememangnya bila terkena denggi selera makan kita hilang. Jadi antara makanan yang sangat digalakkan ialah seperti:
  • Makan bubur nasi yang mengandungi sedikit sayur seperti lobak (terkandung serat) dan protein yang mudah dihadam (ikan). Elakkan pengambilan daging.
  • Jus buah-buahan selain ia berbentuk cecair jus juga mengandungi serat.
  • Elakkan dari memakan makanan yang berlemak, berminyak, pedas dan masin.

Rawatan secara tradisional

  1. Jus daun betik - pilih daun betik yang matang tumbuk dan perah untuk dapatkan jusnya minum satu sudu kecil.
  2. Sup ketam - beli ketam dan rebus, makan dan hirup sebanyak mungkin kuahnya.
  3. Jus buah jambu - khasiat yang tinggi dalam jus jambu dapat melawan radikal bebas dalam badan kita. Kisar dan minum jusnya.
  4. Jus buah kiwi dan jus daun pegaga - kisar dan minum jusnya.
  5. Buah tembikai merah - bagus dimakan begitu saja atau boleh dibuat jus. Ambil dalam kuantiti yang banyak supaya dapat menggantikan air yang hilang dalam badan.

Supplement yang perlu diambil:

1. Nutriferon  (30 sachet X 1.2g, RM181.25) - Perlu untu meningkatkan antibodi melalui pengaktifan interferon.

2. Performance Drink "PD"  (539gm , RM82.50) - Pengambilan PD sangat penting dan WAJIB bagi menggatikan 100 PLUS. Ini kerana kandungan gula dalam 100 PLUS adalah tinggi. Tambahan bukan natural dan mengandungi gas karbon dioksida.
  • PD sediakan elektrolit, sodium, magnesium, kalsium, kalium dan sebagainya yang dapat membantu anda mengekalkan bendalir dan keseimbangan dalam badan.
  • Dapat memberi tenaga kepada anda secara on the spot dan selepas untuk beberapa jam sebab dalam PD terkandung karbohidrat ringkas (tenaga segera) dan karbohidrat kompleks (tenaga selepas untuk beberapa jam).
  • Selain itu, PD juga dapat membantu pergerakan sendi dan otot anda ke tahap lebih baik daripada berlakunya kekejangan. (sebab pesakit terkena denggi biasanya akan mengalami kekejangan dan sakit pada sendi otot)
3. Banyakkan pengambilan Vitamin C (180 biji, RM92.50) - Ia mudahkan penyerapan iron dalam sel darah merah serta dapat membantu meningkatkan platelet darah merah. Selai itu ia dapat menghalang virus denggi daripada merebak.

4. (Setelah sembuh dari denggi) sangat disyorkan mengambil ESP (850gm, RM150) seperti yang diberitahu oleh Puan Sarah dalam video yang anda tengok tadi. ESP ada 9 asid amino yang dapat memberikan tenaga kepada badan anda secukupnya. Ia juga dapat membentuk sel-sel baru yang lebih baik dalam tubuh. ESP ni antara bestsseller sebab banyak manfaatnya.

 Kepada yang masih dalam keadaan sihat walafiat, Alhamdulillah. Terus tingkatkan taraf kesihatan anda. Jangan risau jika antibodi anda kuat walau digigit nyamuk Aedes yang bawa virus denggi, anda takkan mudah menghidap demam denggi.

Kepada anda yang menghidap denggi,dah tiba saatnya anda hubungi nombor ni 012-9760024 Ayah Najmi jangan biar dan tunggu sampai melarat ye! Ayah Najmi akan bimbing anda cara makan yang betul untuk memastikan kesihatan anda dapat kembali ke tahap normal semula. InsyaAllah bertambah cergas selepas ni.

Penghantaran terus set ini ke rumah anda dari Ayah Najmi jika berada dekat dengan rumah Ayah Najmi. Jika jauh Ayah Najmi akan meminta pihak abang Pos Laju segera hantar set ini kepada anda.

AyahNajmi,

Shaklee Independent Distributor

Id : 869654

012-9760024

Tiada ulasan: