Lobak Ungu/ Purple Carrot
Purple carrot merupakan tumbuhan yang tumbuh liar di Afghanistan sejak 5000 tahun dulu. Ia adalah sumber terbaik Vitamin A dimana ia turut mengandungi phytokimia termasuk karotenoid, phenolik, polyacetylenes, isokumarin dan juga sesquiterpens.
Anthocyanins iaitu sejenis antioksidan utama di dalam purple carrot yang memberi warna ungu-kuning dan ungu-oren. Kandungan anthocyanins di dalam carrot ungu-kuning adalah pada kadar tertinggi berbanding carrot ungu-oren.
Anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi sebagai anti-oksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan juga anti-karsinogen.
Selain itu, ia turut menunjukkan kesan positif pada saluran darah, platlet dan lipoprotein yang berkebolehan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Asid klorogenik merupakan antioksidan yang paling banyak terdapat di dalam semua jenis carrot. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang selalu dikaitkan dengan pengambilan kopi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan